Tentang IKFINA

Ikfina Travel & Tours Sdn. Bhd.

Peneraju Pelancongan Islamik Malaysia

IKFINA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (1345271-W) ialah syarikat pelancongan Islamik berdaftar dan bertauliah, beribu pejabat di Sandakan, Sabah. Syarikat ini beroperasi sah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, dikemudi oleh pasukan pengurusan berpengalaman lebih 10 tahun dalam pelancongan umrah, ziarah, dan antarabangsa.

IKFINA ditubuhkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam yang mendambakan khidmat pelancongan berteraskan nilai keimanan, bimbingan rohani dan pengurusan profesional. Setiap pakej IKFINA bukan sekadar perjalanan, tetapi kembara hati dan jiwa menuju destinasi yang diberkati, selesa, dan penuh makna.

Syarikat Berdaftar

Diusahakan sepenuhnya oleh anak jati Sandakan, Sabah dengan lesen sah dan bertauliah.

Pengurusan Muslim Berpengalaman

Lebih 10 tahun kepakaran dalam penyediaan pakej umrah, ziarah dan pelancongan Islamik.

0 +

Tahun Pengalaman Pelancongan

0 +

Jemaah telah bersama Ifina Travel

0 %

Halal – Perjalanan Patuh Syariah

Visi & Misi

Kembara Cinta Sempurna

Kami menyediakan pakej umrah yang merangkumi bimbingan mutawwif, penginapan strategik, makanan halal, insurans perjalanan, serta lawatan bersejarah.

Visi

Menjadi peneraju utama dalam industri pelancongan Islamik di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, dengan reputasi unggul dalam penyediaan pakej Umrah, Ziarah dan perkhidmatan pelancongan yang patuh syariah, berintegriti dan diyakini.

Misi

  1. Menyediakan pengalaman kembara Umrah dan Ziarah yang lengkap, selamat dan diberkati dari sudut pengangkutan, penginapan, makanan serta bimbingan mutawwif.

  2. Membangunkan sistem operasi digital yang mesra pengguna untuk pengurusan jemaah dan pelanggan secara bersepadu.

  3. Memberi bimbingan rohani dan layanan penuh ihsan kepada setiap pelanggan sebagai tetamu Allah SWT.

  4. Mengembangkan pelancongan berunsur dakwah dan kebajikan melalui kerjasama strategik bersama masjid, institusi dan komuniti.

Lesen & Pengiktirafan

IKFINA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. telah memperoleh lesen sah yang membolehkan syarikat menjalankan pelbagai bentuk perkhidmatan pelancongan seperti berikut:

Lesen Umrah dan Ziarah

Dikeluarkan MOTAC & berdaftar Muassasah Arab Saudi.

Lesen Outbound

Percutian ke destinasi antarabangsa seperti Turki, Mesir, Korea, Uzbekistan & negara Islam lain.

Lesen Inbound

Menguruskan pelancongan masuk ke Malaysia termasuk pakej Islamik & warisan.

Lesen Tiket

Tempahan tiket penerbangan antarabangsa & domestik sah melalui IATA.

IKFINA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Struktur Pengurusan

Tn. Mohd Zul Fadly bin Sabdani

Pengarah Urusan / Pengarah Syarikat

Khaizatul Azzahra Binti Kassim

Eksekutif Operasi & Pengurusan

Aliyah Natasha binti Azahar

Pegawai Pemasaran